In the press

Featured in Berita Harian. Six conversations on housing and the property trade. Now in Malay and English.

Berita Harian turns to Heikal for commentary on BTO classification, resale pricing, the HDB resale listing portal and what it takes to build a career in property. Each article is reproduced in full, with an English translation.

Berita Harian
Singapura14 November 2022

Kerjaya hartanah

Pengakuan ejen hartanah: Lumayan tapi sukar bertahan jika tidak ada minat, motivasi

Shiddique Asyraaf Adam Malikh bersama Heikal Shafrudin
TERTARIK DENGAN PELUANG RAIH GAJI MEWAH: Encik Shiddique Asyraaf Adam Malikh (kanan) mula menjadi ejen hartanah sepenuh masa pada Januari lalu, menyertai pasukan mentornya Encik Heikal Shafrudin (kiri). Walaupun pada mulanya tertarik kepada peluang meraih pendapatan mewah sebagai ejen, Encik Asyraaf akur terdapat ketidaktentuan mengenai pendapatan setiap bulan, terutama sekali sebagai ejen baru. Foto BH oleh KHALID BABA

SEBELUM menyertai industri hartanah sebagai ejen, Encik Shiddique Asyraaf Adam Malikh akur beliau pada mulanya tertarik kepada peluang untuk meraih gaji yang besar, lebih-lebih lagi melihat ejen hartanah yang memandu kereta mewah seperti BMW, Jaguar dan Mercedes.

Setelah akhirnya lulus Peperiksaan Jurujual Hartanah (RES) pada percubaan ketiganya tahun lalu, Encik Asyraaf, 29 tahun, memutuskan untuk menceburi bidang tersebut sebagai ejen hartanah sepenuh masa di bawah PropNex pada Januari lalu.

Sebelum ini, beliau meraih gaji sekitar $2,500 sebulan sebagai paralegal. Kini, beliau meraih komisen secara purata sekitar $15,000 hingga $20,000 setiap bulan, dengan sekitar 30 hingga 40 peratus daripadanya diperuntuk untuk kos pemasaran.

Namun, beliau sedar sebagai ejen hartanah, terdapat ketidaktentuan tentang gaji yang akan diraih pada bulan akan datang.

“Kerjanya bukan macam kerja biasa ‘9 to 5’, ambil cuti pun hujung bulan tetap ada gaji.

“Tetapi untuk kerja ini, ada klien atau tidak, saya masih perlu buat kerja pemasaran secara konsisten.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku pada hujung bulan atau bulan depan,” ujarnya.

Ada kalanya, beliau mengendali tiga hingga empat transaksi sebulan, kebanyakannya dalam pasaran HDB, tetapi pada bulan tertentu, ada kalanya juga tiada urus niaga.

“Sukar juga nak bertahan dalam industri ini kalau tidak ada minat dan motivasi. Bagi saya, minat mendalam itu ada tetapi kadang kala motivasi pun boleh turun naik.

“Motivasi saya ialah keluarga saya yang membesar,” ujar Encik Asyraaf, yang mempunyai dua anak berusia dua tahun dan hampir setahun. Isterinya juga kini hamil.

Nilai urus niaga tertinggi yang beliau kendalikan sejauh ini ialah $840,000 bagi sebuah unit maisonette eksekutif di Pasir Ris.

Kerja sebagai ejen juga mempunyai waktu yang lebih fleksibel, yang membolehkan beliau untuk menemani isterinya, yang menghidap penyakit jangka panjang, ke hospital.

Namun, ini juga bermakna beliau kerap perlu bekerja lebih masa hingga lewat malam atau pada hujung minggu.

“Kalau kerja saya dahulu, lepas jam 5 petang sahaja kita boleh ‘shutdown’. Tetapi sekarang, petang sampai malam pun kita perlu bekerja untuk berurus dengan klien.

“Memang masanya lebih fleksibel tetapi sebenarnya saya fikir waktu kerja sekarang lebih lama daripada kerja saya sebelum ini,” ujarnya.

Di bawah bimbingan mentornya Encik Heikal Shafrudin, 34 tahun, ejen hartanah di bawah PropNex, Encik Asyraaf juga meluangkan masa untuk membuat video pemasaran sendiri di media sosial.

Encik Asyraaf tertarik dengan cara Encik Heikal mengongsi ilmu tentang hartanah di media sosial, sekali gus menawarkan nilai kepada pengguna.

“Apabila saya bertemu dengan Heikal, beliau juga mengakui beliau baru sahaja menjadi ketua dan pengurus dan tidak boleh janjikan kejayaan semalaman, tetapi beliau hanya mampu kongsi apa yang beliau tahu.

“Apa yang kami tak tahu, kami belajar bersama. Menang dan kalah pun bersama,” ujar Encik Asyraaf.

Pasukan itu, yang diberi nama Herohomes.sg, memberi tumpuan kepada keluarga muda yang mahu berpindah dari flat bina ikut tempahan (BTO) ke kondominium privet atau flat lebih besar.

Pasukan Encik Heikal itu melihat seramai 16 anggota baru menyertainya tahun ini dan terdapat lima lagi ejen berpotensi yang sedang mengambil peperiksaan RES sekarang.

Encik Heikal berkata kerjaya sebagai ejen hartanah merupakan pilihan pertengahan kerjaya yang popular.

“Sedang lebih ramai sedar tentang kestabilan jangka panjang dan pendapatan mantap dalam industri ini, ia menjadi pilihan yang menarik untuk keluarga mereka.

“Ejen yang ada sekarang juga mengongsi aktiviti harian mereka menerusi media sosial dan ini memberi gambaran tentang gaya hidup yang selesa dan fleksibel yang berbeza daripada kerjaya ‘9 to 5’,” ujar Encik Heikal, yang menyertai industri itu setelah selesai menjalani Perkhidmatan Negara 13 tahun lalu.

English translation by Herohomes

A property agent's confession: Lucrative, but hard to last without passion and motivation

Heikal Shafrudin with Shiddique Asyraaf Adam Malikh, Berita Harian 2022
DRAWN BY THE CHANCE OF A HIGH INCOME: Mr Shiddique Asyraaf Adam Malikh (right) became a full-time property agent in January, joining the team of his mentor, Mr Heikal Shafrudin (left). Although first drawn by the prospect of a high income, Mr Asyraaf acknowledges that monthly income is uncertain, especially for a new agent. Photo: BH, by Khalid Baba

Before joining the property industry as an agent, Mr Shiddique Asyraaf Adam Malikh admits he was first attracted by the chance to earn a big income, especially after seeing property agents driving luxury cars such as BMWs, Jaguars and Mercedes.

After finally passing the Real Estate Salesperson (RES) examination on his third attempt last year, Mr Asyraaf, 29, decided to become a full-time property agent with PropNex in January.

Previously, he earned about $2,500 a month as a paralegal. He now earns an average commission of about $15,000 to $20,000 a month, with about 30 to 40 per cent of it set aside for marketing costs.

However, he is aware that as a property agent, there is uncertainty about what he will earn in the coming month.

“This job isn't like a regular 9-to-5, where you still get paid at the end of the month even if you take leave.

“But in this job, whether I have clients or not, I still need to market consistently.

“We don't know what will happen at the end of the month or next month,” he said.

Some months he handles three to four transactions, mostly in the HDB market, but in other months there are no deals at all.

“It's hard to survive in this industry without passion and motivation. For me, the deep interest is there, but sometimes motivation goes up and down.

“My motivation is my growing family,” said Mr Asyraaf, who has two children, aged two and almost one. His wife is also currently pregnant.

The highest-value transaction he has handled so far is $840,000, for an executive maisonette in Pasir Ris.

Working as an agent also comes with more flexible hours, which allows him to accompany his wife, who has a long-term illness, to hospital.

However, this also means he often has to work late into the night or on weekends.

“In my previous job, I could ‘shut down’ after 5pm. But now, from evening until night, we still need to work to deal with clients.

“The hours are indeed more flexible, but I actually think I work longer hours now than in my previous job,” he said.

Under the guidance of his mentor, Mr Heikal Shafrudin, 34, a property agent with PropNex, Mr Asyraaf also makes time to produce his own marketing videos on social media.

Mr Asyraaf was drawn to the way Mr Heikal shares property knowledge on social media, offering real value to viewers.

“When I met Heikal, he admitted he had only just become a leader and manager and could not promise overnight success, only that he would share what he knew.

“What we don't know, we learn together. We win and lose together,” said Mr Asyraaf.

The team, named Herohomes.sg, focuses on young families who want to move from Build-To-Order (BTO) flats to private condominiums or larger flats.

Mr Heikal's team has seen 16 new members join this year, and five more prospective agents are currently taking the RES examination.

Mr Heikal said a career as a property agent is a popular mid-career choice.

“As more people become aware of the long-term stability and strong income in this industry, it becomes an attractive option for their families.

“Current agents also share their daily activities on social media, and this gives a picture of a comfortable, flexible lifestyle that differs from a 9-to-5 career,” said Mr Heikal, who joined the industry after completing National Service 13 years ago.

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 14 Nov 2022. View the original on beritaharian.sg

Back to contents

Berita Harian
Singapura4 September 2023

Podcast #NoTapis

Masih boleh kaya tapi mungkin ‘dah tak kaya raya lagi’

Flat HDB
JADIKAN FLAT LEBIH DIMAMPUI: Dengan syarat lebih ketat dikenakan ke atas flat BTO dalam kategori Plus dan Prime, pemilik rumah sedemikian yang mahu menjual flat mereka pada masa depan mungkin tidak akan dapat meraih keuntungan besar daripada hasil penjualan flat mereka seperti hari ini. Foto fail

‘Kesan loteri’, iaitu peluang bagi pemilik rumah meraih keuntungan besar hasil menjual flat mereka, mungkin berkurangan pada masa depan dengan adanya peraturan lebih ketat yang dikenakan ke atas flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dalam kategori Plus dan Prime, kata Pengarah Kumpulan Propnex Realty, Encik Heikal Shafrudin.

Berkongsi dalam episod podcast #NoTapis Berita Harian (BH) yang membincangkan tentang isu perumahan awam, Encik Heikal berkata pemilik flat Plus dan Prime yang menjual rumah mereka pada masa depan mungkin “dah tak boleh kaya raya, tetapi boleh kaya saja”.

Dalam Rapat Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan satu sistem klasifikasi baru bagi flat BTO baru bagi membezakan projek BTO berdasarkan lokasi mereka.

Mulai separuh kedua 2024, flat-flat akan digolongkan dalam tiga kategori Standard, Plus dan Prime, dengan kategori Plus dan Prime mengenakan syarat lebih ketat ke atas pembeli dalam usaha memastikan harga rumah terus dimampui rakyat dan terdapat keadilan dalam sistem perumahan awam.

Antaranya, pemilik flat Plus dan Prime perlu mematuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 10 tahun dan membayar semula subsidi yang diberi ke atas harga jualan semula apabila mahu menjual rumah supaya adil kepada pembeli lain yang tidak berjaya membeli flat Plus.

Had pendapatan juga akan dikenakan ke atas pembeli flat Plus dan Prime jualan semula ini, seperti yang dikenakan bagi pembeli kali pertama.

“Siapa yang tidak mahu tinggal depan MRT? Siapa yang tidak mahu tinggal di rumah dengan pasar raya di bawah? Semua orang mahukan lokasi yang popular, tetapi harga rumah sekarang tidak begitu inklusif. Namun, pada masa depan, saya rasa ia akan jadi lebih inklusif (dengan syarat lebih ketat).

“Tetapi tentu sekali, ada pergi, ada balik. Dengan syarat lebih ketat supaya harganya boleh dimampui pembeli, pemilik yang ingin jual flat mereka dah tak syok sangat. Anda sebagai penjual dah tak boleh kaya raya, tetapi boleh kaya saja,” kata Encik Heikal dalam episod podcast itu, yang turut disertai Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat; dan pereka kandungan digital, Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary.

Memberi contoh, Encik Heikal menceritakan tentang seorang kliennya yang tahun lalu menjual flat empat bilik di Ghim Moh – iaitu di lokasi menarik yang dekat dengan stesen MRT, sekolah dan Kawasan Pusat Bandar (CBD) – dan berjaya meraih keuntungan $380,000 secara tunai.

Namun, dengan syarat lebih ketat dikenakan ke atas pemilik flat Plus dan Prime, Encik Heikal berpendapat bahawa pemilik flat BTO sedemikian tidak mungkin meraih keuntungan besar daripada hasil penjualan seperti yang dilihat hari ini.

“Di kawasan Standard sekarang, klien saya dapat raih keuntungan tunai $200,000 atau $250,000. Seperti saya katakan, tak kaya raya, tetapi masih kaya.

“Dengan perubahan dasar, saya rasa flat Plus dan Prime, apabila tiba waktu untuk dijual semula dan dengan adanya syarat seperti had pendapatan, harganya akan lebih terkawal,” kata beliau.

Ditanya apakah ini bermakna jumlah flat jualan semula yang boleh mencecah lebih $1 juta akan berkurangan pada masa depan, Encik Heikal berkata beliau tidak dapat meramalkan masa depan, namun dasar perumahan awam bertujuan memastikan harga flat boleh dimampui segenap lapisan rakyat Singapura.

Encik Heikal Shafrudin
ENCIK HEIKAL: Semua orang mahukan lokasi popular, tetapi harga rumah sekarang tidak begitu inklusif. Namun, pada masa depan, saya rasa ia akan jadi lebih inklusif (dengan syarat lebih ketat). Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menurut Encik Saktiandi, tidak semua flat boleh dijual dengan harga $1 juta atau lebih dan ia bergantung pada ciri-ciri flat tersebut, seperti sama ada ia terletak di tingkat tinggi, mempunyai pemandangan dan dekat dengan lokasi dan kemudahan baik.

“Kita tidak tahu kesan dan permintaan untuk flat jualan semula pada masa akan datang. Tetapi syarat-syarat ini penting untuk mengurangkan permintaan (dan juga harga).

“Kita juga belum lagi bincangkan tentang bekalan flat. HDB akan mengeluarkan bekalan flat yang lebih banyak pada masa akan datang, dan ini mungkin mengurangkan momentum kenaikan harga daripada sudut bekalan,” kata beliau.

English translation by Herohomes

Still able to get rich, but perhaps ‘no longer super rich’

HDB flats, Berita Harian 2023
MAKING FLATS MORE AFFORDABLE: With stricter conditions on BTO flats in the Plus and Prime categories, owners of such flats who want to sell in future may not make the large profits seen from flat sales today. Photo: File

The ‘lottery effect’, meaning the chance for homeowners to make a big profit from selling their flats, may diminish in future with stricter rules on Build-To-Order (BTO) flats in the Plus and Prime categories, said PropNex Realty Group Director Mr Heikal Shafrudin.

Speaking on an episode of Berita Harian's (BH) #NoTapis podcast on public housing, Mr Heikal said owners of Plus and Prime flats who sell in future may “no longer get super rich, but can still get rich”.

At the 2023 National Day Rally, Prime Minister Lee Hsien Loong announced a new classification system for new BTO flats, differentiating projects by location.

From the second half of 2024, flats will be grouped into three categories, Standard, Plus and Prime, with Plus and Prime carrying stricter conditions for buyers to keep homes affordable and ensure fairness in the public housing system.

Among these, owners of Plus and Prime flats must meet a 10-year Minimum Occupation Period (MOP) and pay back a portion of the subsidy from the resale price when they sell, to be fair to other buyers who were unsuccessful in getting a Plus flat.

An income ceiling will also apply to buyers of these resale Plus and Prime flats, as it does for first-time buyers.

“Who doesn't want to live in front of an MRT station? Who doesn't want to live with a supermarket downstairs? Everyone wants a popular location, but home prices now are not very inclusive. In future, though, I think they will become more inclusive (with stricter conditions).

“But of course, there are trade-offs. With stricter conditions to keep prices affordable for buyers, owners who want to sell won't be quite as thrilled. As a seller, you can no longer get super rich, but you can still get rich,” said Mr Heikal on the podcast, which also featured Bishan-Toa Payoh GRC Member of Parliament (MP) Mr Saktiandi Supaat and digital content creator Ms Hanan Sheikh Helme Al-Johary.

As an example, Mr Heikal described a client who last year sold a four-room flat in Ghim Moh, an attractive location close to an MRT station, schools and the Central Business District (CBD), and made a cash profit of $380,000.

However, with stricter conditions on owners of Plus and Prime flats, Mr Heikal believes owners of such BTO flats are unlikely to make the big profits from a sale that are seen today.

“In Standard areas now, my clients can make a cash profit of $200,000 or $250,000. As I said, not super rich, but still rich.

“With the policy changes, I think Plus and Prime flats, when the time comes to resell and with conditions such as income ceilings, will see more controlled prices,” he said.

Asked whether this means fewer resale flats will cross $1 million in future, Mr Heikal said he could not predict the future, but public housing policy aims to keep flats affordable for Singaporeans from all walks of life.

Heikal Shafrudin on the Berita Harian #NoTapis podcast, 2023
MR HEIKAL: Everyone wants a popular location, but home prices now are not very inclusive. In future, though, I think they will become more inclusive (with stricter conditions). Photo: BH, by Shafiq Apandi

According to Mr Saktiandi, not every flat can sell for $1 million or more. It depends on the flat's characteristics, such as whether it is on a high floor, has a view, and is close to good locations and amenities.

“We don't know the future impact on, or demand for, resale flats. But these conditions are important to reduce demand (and also prices).

“We also haven't discussed flat supply yet. HDB will release more flats in future, and this may slow the momentum of price increases from the supply side,” he said.

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 4 Sep 2023. View the original on beritaharian.sg

Back to contents

Berita Harian
Singapura4 September 2023

Podcast #NoTapis

Tempoh penginapan minimum mungkin jadi hambatan

Rakaman podcast #NoTapis
RUNGKAI ISU PERUMAHAN: Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, membincangkan isu perumahan di sini bersama dua tetamu podcast #NoTapis, Pengarah Kumpulan Propnex Realty, Encik Heikal Shafrudin, dan pereka kandungan digital, Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary. Episod podcast tersebut telah dihoskan oleh Timbalan Editor Berita BH, Cik Adilah Mahbob. Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pembeli mungkin memilih flat dalam pasaran jualan semula dan sanggup membayar premium atau lebih untuk mendapatkan flat tersebut.

Ini kerana terdapat kemungkinan mereka enggan menghadapi sekatan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) yang panjang yang ditetapkan bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Prime dan Plus serta syarat membayar balik sebahagian subsidi kepada pemerintah.

Demikian menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, dalam episod podcast #NoTapis kali ini yang membincangkan tentang isu perumahan awam.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mengubah cara ia mengklasifikasikan projek Bina Ikut Tempahan (BTO), bermula pada separuh kedua 2024.

Perubahan dasar itu bertujuan memastikan dasar HDB terus kekal relevan dalam pembinaan sosial dan ekonomi semasa Singapura.

Dalam Rapat Hari Kebangsaan tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa projek BTO tidak lagi akan diklasifikasikan sebagai estet matang atau belum matang, yang telah wujud sejak awal 1990-an, sebaliknya akan digolongkan sebagai Standard, Plus dan Prime.

Projek Standard ialah flat yang diberikan subsidi, terletak di bawah peraturan penjualan biasa HDB dan dikenakan tempoh MOP selama lima tahun.

Sementara itu, model Plus diberikan lebih banyak subsidi tetapi akan dikenakan syarat jualan semula yang ketat, termasuk MOP selama 10 tahun.

Projek Prime pula menawarkan paling banyak subsidi tetapi dikenakan syarat jualan semula paling ketat, termasuk MOP selama 10 tahun.

Encik Saktiandi berkata meskipun pembeli flat ini menerima lebih banyak subsidi berbanding flat standard, pembeli juga tertakluk kepada syarat yang lebih ketat.

“Saya rasa, dari segi ekonomi, orang sanggup tidak membeli BTO dan sebaliknya memilih membeli flat jualan semula.

“Mereka juga sanggup membayar harga premium untuk menangani isu syarat MOP 10 tahun yang diperkenalkan.

“Faktor MOP ini memainkan peranan penting. Ia mungkin memberi kesan terhadap harga flat jualan semula.

“Sebagai contoh, mereka yang tidak ingin tunggu hingga 10 tahun sebelum dapat menjual rumah mereka mungkin beralih dan memilih rumah flat di pasaran jualan semula pada masa akan datang,” kata beliau.

Flat jualan semula HDB
JADI PILIHAN: Flat dalam pasaran jualan semula mungkin mendapat sambutan daripada pembeli yang enggan menunggu sekatan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) yang panjang. Foto ST

Meskipun begitu, Encik Saktiandi, yang juga Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, menerangkan bahawa syarat itu perlu ada bagi memastikan ia dapat memberi kesaksamaan dan keadilan kepada generasi akan datang.

Beliau menambah, syarat-syarat ini diperlukan bagi memastikan flat pada masa hadapan kekal dimampui dan harganya tidak “melambung tinggi”.

“Yang penting saya rasa adalah dari segi kemampuan. Kita mahu keluarga muda di sini rasa mereka mampu membeli flat pada masa akan datang.

“Harga flat itu tidak akan melonjak, baik BTO mahupun flat jualan semula,” ujar beliau.

English translation by Herohomes

Minimum occupation period may become a hurdle

#NoTapis panel: Saktiandi Supaat, Heikal Shafrudin and Hanan Sheikh Helme Al-Johary, 2023
UNPACKING HOUSING ISSUES: Bishan-Toa Payoh GRC MP Mr Saktiandi Supaat discusses housing issues with two #NoTapis podcast guests, PropNex Realty Group Director Mr Heikal Shafrudin and digital content creator Ms Hanan Sheikh Helme Al-Johary. The episode was hosted by BH Deputy News Editor Ms Adilah Mahbob. Photo: BH, by Shafiq Apandi

Buyers may opt for flats on the resale market and be willing to pay a premium, or more, to get them.

This is because they may be unwilling to accept the long Minimum Occupation Period (MOP) set for Prime and Plus Build-To-Order (BTO) flats, as well as the requirement to pay back part of the subsidy to the Government.

So said Bishan-Toa Payoh GRC Member of Parliament (MP) Mr Saktiandi Supaat in this episode of the #NoTapis podcast on public housing.

The Housing and Development Board (HDB) will change the way it classifies Build-To-Order (BTO) projects from the second half of 2024.

The policy change aims to keep HDB policies relevant to Singapore's current social and economic development.

At this year's National Day Rally, Prime Minister Lee Hsien Loong announced that BTO projects will no longer be classified as mature or non-mature estates, a system in place since the early 1990s, but will instead be grouped as Standard, Plus and Prime.

Standard projects are subsidised flats under HDB's usual sale rules, with a five-year MOP.

The Plus model receives more subsidies but comes with tighter resale conditions, including a 10-year MOP.

Prime projects offer the most subsidies but carry the strictest resale conditions, including a 10-year MOP.

Mr Saktiandi said that although buyers of these flats receive more subsidies than for Standard flats, they are also subject to stricter conditions.

“I think, economically, people are willing to skip BTO and buy a resale flat instead.

“They are also willing to pay a premium to avoid the 10-year MOP condition that has been introduced.

“This MOP factor plays an important role. It may affect resale flat prices.

“For example, those who don't want to wait 10 years before they can sell may switch to choosing a flat on the resale market in future,” he said.

HDB resale flats, Berita Harian 2023
THE PREFERRED OPTION: Resale flats may find favour with buyers unwilling to wait out a long Minimum Occupation Period (MOP). Photo: ST

Even so, Mr Saktiandi, who is also Head of FX Research, Global Markets, at Maybank Group, explained that the conditions are needed to ensure equity and fairness for future generations.

He added that these conditions are needed to keep future flats affordable and stop prices from “skyrocketing”.

“What's important, I think, is affordability. We want young families here to feel they can afford to buy a flat in future.

“Flat prices will not surge, whether BTO or resale,” he said.

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 4 Sep 2023. View the original on beritaharian.sg

Back to contents

Berita Harian
Singapura4 September 2023

Podcast #NoTapis

Banyak pertimbangan perlu dibuat sebelum pilih flat BTO

Cik Hanan dan Encik Adzfar
MAHLIGAI IMPIAN: Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary dan suaminya, Encik Adzfar Alami, berasa mereka telah membuat pilihan tepat memilih flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Bidadari. Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Seperti ramai pasangan muda lain, memiliki mahligai sendiri adalah satu detik penting bagi Cik Hanan Sheikh Helme Al-Johary dan suaminya, Encik Adzfar Alami.

Pasangan itu membuat perancangan awal untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) sebelum mendirikan rumah tangga.

Namun, Cik Hanan, 31 tahun, akur ia bukanlah semudah seperti yang beliau jangka.

“Pada ketika itu, saya baru berusia 21 tahun dan masih menuntut di universiti, sementara suami saya pula baru mula bekerja.

“Ia merupakan tempoh yang begitu sibuk bagi kami kerana kami ingin mendapatkan rumah dengan segera sebelum kami berkahwin.

“Saya tidak pasti cara memilih flat BTO dan saya juga tidak mengambil kira banyak perkara seperti akses kepada kemudahan seperti sekolah dan pengangkutan awam,” kata Cik Hanan ketika berkongsi pengalaman membeli flat BTO dalam podcast #NoTapis Berita Harian (BH).

Episod podcast #NoTapis kali ini, yang turut disertai Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat; dan Pengarah Kumpulan Propnex Realty, Encik Heikal Shafrudin, membincangkan tentang isu perumahan awam, termasuk sistem klasifikasi baru BTO seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada 20 Ogos lalu.

Cik Hanan turut berkongsi bahawa beliau dan suami mendapatkan pandangan serta nasihat kededua ibu bapa mereka sebelum memilih flat BTO sekitar 10 tahun lalu.

Pada masa yang sama, mereka juga membuat kajian menerusi maklumat yang diperoleh menerusi Internet dan media sosial.

Pereka kandungan digital dan pelakon setempat itu berkata faktor utama yang dipertimbangkan apabila memilih flat adalah dari segi kewangan – adakah harga flat BTO itu mampu mereka miliki ketika itu.

Sehubungan itu, mereka juga mengambil kira faktor lain seperti lokasi dan juga subsidi serta Tempoh Penginapan Minimum (MOP) yang ditetapkan, iaitu selama lima tahun.

Menurut Cik Hanan, beliau memilih membeli rumah di kawasan Bidadari, yang sedang membangun ketika itu, kerana harganya yang mampu dimiliki.

Meskipun pelancaran BTO di Bidadari mendapat sambutan hangat, beliau dan suaminya berjaya memperolehi flat empat bilik dengan harga sekitar $500,000.

Cik Hanan
CIK HANAN: Faktor utama yang dipertimbangkan apabila memilih flat adalah dari segi kewangan – adakah harga flat Bina Ikut Tempahan (BTO) itu mampu mereka miliki ketika itu. Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

“Tahap kehidupan kami ketika itu sangat berbeza. Kami perlu mempertimbangkan banyak faktor, antaranya lokasi bagi diri saya.

“Ibu bapa saya menetap di Toa Payoh dan saya berjaya mendapatkan flat BTO dekat mereka, di kawasan perumahan baru Bidadari.

“Oleh kerana jarak yang dekat dengan ibu bapa saya, kami juga menerima Geran Perumahan Berhampiran (PHG).

“Walaupun terpaksa menunggu sekitar lima tahun sebelum flat itu siap dibina, ia merupakan peluang untuk saya dan suami memulakan simpanan bagi rumah kami itu,” singkap Cik Hanan.

Sebagai pembeli, beliau berpendapat bahawa syarat tempoh MOP yang ditetapkan bagi flatnya amat memadai, memandangkan mereka hanya tinggal berdua buat masa ini.

“Saya rasa tempoh lima tahun itu penting dan ia cukup untuk pastikan saya dan suami mampu mencapai kestabilan dahulu,” jelasnya.

Namun, Cik Hanan berkata sekiranya beliau perlu memilih flat berdasarkan sistem klasifikasi baru BTO, beliau dan suami mungkin perlu membuat pilihan dan keputusan berbeza.

Ini kerana syarat MOP yang lebih lama, iaitu 10 tahun, serta subsidi yang harus dipulangkan kepada pemerintah bagi flat Prime and Plus, memainkan peranan besar.

Selain Prime dan Plus, rangka baru projek flat awam BTO yang akan bermula 2024, turut memperkenalkan model Standard, dengan tempoh MOP lima tahun.

Klasifikasi itu berdasarkan lokasi dengan syarat tertentu berhubung tempoh penginapan minimum, penjualan semula dan nilai subsidi.

Mengongsi pandangannya, Cik Hanan berkata: “Banyak perkara yang boleh berlaku dalam tempoh 10 tahun itu, seperti mungkin diberi rezeki mendapat anak.

“Kalau ada anak, kami mungkin perlukan rumah lebih besar dan luas. Jadi, jika kami perlu tunggu 10 tahun sebelum dapat menjual rumah, ia boleh merumitkan keadaan.

“Pada pendapat saya, ia satu komitmen yang sangat panjang dan saya tidak boleh bayangkan perlu tunggu begitu lama.

“Jadi, jika saya perlu memilih antara tiga kategori ini, mungkin saya lebih selesa memilih flat BTO Standard.

“Bagi saya, flat BTO Standard sesuai bagi pasangan yang akan atau baru mendirikan rumah tangga dan mereka dapat membuat penyesuaian yang diperlukan.”

English translation by Herohomes

Many things to weigh before choosing a BTO flat

Hanan Sheikh Helme Al-Johary and her husband at their Bidadari BTO, 2023
A HOME OF THEIR OWN: Ms Hanan Sheikh Helme Al-Johary and her husband, Mr Adzfar Alami, feel they made the right choice in picking a BTO flat in Bidadari. Photo: BH, by Shafiq Apandi

Like many young couples, owning a home of their own was an important milestone for Ms Hanan Sheikh Helme Al-Johary and her husband, Mr Adzfar Alami.

The couple planned early to get a Build-To-Order (BTO) flat before getting married.

However, Ms Hanan, 31, admits it was not as easy as she expected.

“At the time, I was only 21 and still at university, while my husband had just started working.

“It was a very busy period for us because we wanted to get a home quickly before we got married.

“I wasn't sure how to choose a BTO flat, and I didn't consider many things, such as access to amenities like schools and public transport,” said Ms Hanan, sharing her experience of buying a BTO flat on Berita Harian's (BH) #NoTapis podcast.

This episode of #NoTapis, which also featured Bishan-Toa Payoh GRC Member of Parliament (MP) Mr Saktiandi Supaat and PropNex Realty Group Director Mr Heikal Shafrudin, discussed public housing, including the new BTO classification system announced by Prime Minister Lee Hsien Loong at the 2023 National Day Rally on 20 August.

Ms Hanan also shared that she and her husband sought the views and advice of both sets of parents before choosing a BTO flat about 10 years ago.

They also did their own research using information from the Internet and social media.

The digital content creator and local actress said the main factor when choosing a flat was financial: whether they could afford the BTO flat at the time.

They also considered other factors such as location, subsidies and the five-year Minimum Occupation Period (MOP) that applied.

According to Ms Hanan, she chose to buy in Bidadari, then still being developed, because the price was affordable.

Although the Bidadari BTO launch was heavily subscribed, she and her husband managed to secure a four-room flat for about $500,000.

Hanan Sheikh Helme Al-Johary, Berita Harian 2023
MS HANAN: The main factor when choosing a flat was financial: whether they could afford the BTO flat at the time. Photo: BH, by Shafiq Apandi

“Our stage of life then was very different. We had to consider many factors, including location, for me.

“My parents live in Toa Payoh, and I managed to get a BTO flat near them, in the new Bidadari estate.

“Because we lived close to my parents, we also received the Proximity Housing Grant (PHG).

“Although we had to wait about five years for the flat to be completed, it was a chance for my husband and me to start saving for our home,” Ms Hanan recalled.

As a buyer, she felt the MOP for her flat was quite adequate, given that it is just the two of them for now.

“I think the five-year period is important, and it's enough to make sure my husband and I can achieve stability first,” she explained.

However, Ms Hanan said that if she had to choose a flat under the new BTO classification system, she and her husband might make different choices.

This is because the longer 10-year MOP, as well as the subsidy that must be returned to the Government for Prime and Plus flats, plays a big role.

Besides Prime and Plus, the new BTO framework starting in 2024 also introduces the Standard model, with a five-year MOP.

The classification is based on location, with specific conditions on minimum occupation period, resale and subsidy value.

Sharing her view, Ms Hanan said: “Many things can happen in 10 years, such as perhaps being blessed with children.

“If we have children, we may need a bigger, more spacious home. So if we have to wait 10 years before we can sell, it can complicate things.

“In my opinion, it's a very long commitment, and I can't imagine having to wait that long.

“So if I had to choose between these three categories, I might be more comfortable with a Standard BTO flat.

“For me, Standard BTO flats suit couples who are about to marry or are newly married, and they can make the adjustments they need.”

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 4 Sep 2023. View the original on beritaharian.sg

Back to contents

Berita Harian
Singapura5 Februari 2024

Pasaran jualan semula

Pasaran flat jualan semula masih ada permintaan, meski sambutan dijangka mendatar

Flat HDB
Beberapa ejen hartanah yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka menjangkakan penjualan flat jualan semula HDB akan mendapat sambutan yang mendatar bagi 2024. Foto BT

Ketika Encik Daniel Ridzwan Abdul Samad sekeluarga membuat keputusan menjual rumah mereka sekitar September 2023, mereka sangkakan proses mendapatkan pembeli akan mengambil masa kurang dari tiga bulan.

Namun kenyataannya adalah ia sebenarnya mengambil masa yang lebih lama.

Mereka hanya berjaya menjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) lima bilik mereka di Boon Lay pada Januari 2024 – lima bulan selepas menyenaraikannya untuk dijual.

“Pada mulanya kami tidak menyedari bahawa harga yang kami letak terlalu tinggi. Ia sebenarnya berdasarkan nilai pasaran di sekitar kawasan kejiranan kami.

“Namun, apabila hampir dua bulan tanpa sebarang pertanyaan atau permintaan untuk melihat rumah kami, kami terpaksa mengambil keputusan mengurangkan harga asal yang kami letak bagi rumah kami ini,” kongsi Encik Daniel, 40 tahun.

Bapa tiga anak berusia antara empat dengan sembilan tahun itu berkata mereka terpaksa mengurangkan harga rumah yang telah didiami sejak 10 tahun lalu, kepada sekitar $50,000.

Ia merupakan keputusan yang mereka ambil selepas berunding dengan ejen hartanah mereka.

“Kami sebenarnya tidak tergesa-gesa untuk menjual, tetapi kami hanya berharap boleh mendapatkan harga yang baik untuk rumah ini kerana kami berasa ia terletak di lokasi yang baik dengan beberapa kemudahan di sekelilingnya.

“Kami terpaksa memantau pasaran rumah flat jualan semula dan ejen kami menasihatkan bahawa adalah lebih baik jika kami cuba mengurangkan harga yang telah kami tetapkan,” tambah beliau.

Beberapa ejen hartanah yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka menjangkakan penjualan flat jualan semula HDB akan mendapat sambutan yang mendatar bagi 2024.

Ini berlaku disebabkan pasaran bagi flat jualan semula kembali stabil dan dijangka beralih kepada pasaran pembeli, tambah mereka.

Pengarah Daerah Bersekutu PropNex Realty (Herohomes), Encik Heikal Shafrudin, memberitahu akhbar ini bahawa sejak harga flat jualan semula meningkat lebih 35 peratus sejak 2020, “ramai pemilik rumah akan terdorong memanfaatkan nilai hartanah mereka yang melonjak dan menaik taraf kepada rumah yang lebih besar”.

Bagaimanapun, beliau berkata ramai ejen hartanah menjangkakan akan terdapat lebih ramai pembeli rumah kali pertama yang akan tertarik untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) setelah HDB memperkenalkan beberapa daya usaha untuk mengurangkan masa menunggu BTO kepada sekitar tiga tahun.

“Dengan lebih banyak flat BTO dijual tahun ini (2024) dan kurangnya pembeli flat jualan semula, terdapat kemungkinan bahawa kita akan lihat tiada banyak kenaikan bagi flat jualan semula ini,” kata Encik Heikal.

Berkongsi pandangan, seorang ejen hartanah yang dihubungi, Pengarah Divisyen, ERA Explorer Focus Group, Ustaz Mohammad Shahid Noor’ain, berkata:

“Secara peribadi saya rasa pasaran perlahan-lahan beralih kepada pasaran pembeli berikutan bekalan BTO dan masa pembinaan kembali seperti biasa, sekitar dua hingga tiga tahun.

“Ini berbanding semasa pandemik Covid-19 di mana beberapa pembangunan flat BTO diunjurkan siap sekitar enam hingga tujuh tahun.

“Ini bergantung pada ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan). Semasa pandemik, permintaan bagi rumah jualan semula adalah sangat tinggi terutamanya disebabkan masa yang panjang untuk BTO disiapkan dan banyak pembinaan terpaksa dihentikan bagi projek-projek ini, menyebabkan ramai pembeli mengambil keputusan membeli unit jualan semula sahaja.”

Sebelum ini dilaporkan bahawa lebih sedikit pembeli membayar wang tunai melebihi taksiran (COV) bagi flat jualan semula HDB pada 2023.

Encik Heikal menjangkakan trend itu akan berterusan pada 2024.

Beliau menambah bahawa pembeli telah menjadi lebih sensitif terhadap harga dan menunjukkan sikap yang tidak begitu tergesa-gesa untuk membeli flat jualan semula, mungkin disebabkan oleh peningkatan ketara dalam bekalan perumahan BTO yang lebih murah dan masa menunggu yang lebih singkat.

“Mereka yang ingin menjual rumah mereka perlu menyesuaikan jangkaan mereka sejajar dengan sentimen pasaran semasa, terutamanya mereka yang berminat untuk menguji pasaran untuk harga yang lebih tinggi.

“Mereka mungkin mendapati ia lebih mencabar untuk mengawal COV yang tinggi, yang boleh membawa kepada masa jualan yang lebih lama atau keperluan untuk menyesuaikan diri dengan harga yang lebih realistik untuk menarik pembeli,” kata Encik Heikal.

Berkongsi nasihat kepada mereka yang ingin menjual flat HDB mereka pada 2024, Ustaz Mohammad Shahid berkata adalah menjadi satu amalan yang baik bagi pemilik rumah membuat pemeriksaan terhadap status semasa hartanah mereka.

“Jadi daripada pemeriksaan ini, mereka akan tahu sama ada ia masa yang sesuai untuk menjual rumah mereka atau tidak kerana saya percaya dengan pengetahuan ini, mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

“Adalah penting untuk mendapat maklumat yang betul agar kita dapat merancang dengan lebih baik dan membuat keputusan yang termaklum,” ujarnya.

English translation by Herohomes

Resale flat market still sees demand, though interest expected to plateau

HDB flats, Berita Harian 2024
Several property agents contacted by Berita Harian (BH) said they expect HDB resale flat sales to see flat demand in 2024. Photo: BT

When Mr Daniel Ridzwan Abdul Samad and his family decided to sell their home around September 2023, they assumed finding a buyer would take less than three months.

In reality, it took longer.

They only managed to sell their five-room Housing and Development Board (HDB) flat in Boon Lay in January 2024, five months after listing it.

“At first we didn't realise our asking price was too high. It was actually based on market values in our neighbourhood.

“But after almost two months without any enquiries or viewing requests, we had to decide to lower our original asking price,” said Mr Daniel, 40.

The father of three, whose children are aged between four and nine, said they had to cut the price of the home they had lived in for 10 years by about $50,000.

They made the decision after consulting their property agent.

“We weren't actually in a rush to sell, but we hoped to get a good price because we felt the home was in a good location with several amenities around it.

“We had to watch the resale flat market, and our agent advised that it would be better to try lowering the price we had set,” he added.

Several property agents contacted by Berita Harian (BH) said they expect HDB resale flat sales to see flat demand in 2024.

This is because the resale market has stabilised and is expected to shift towards a buyer's market, they added.

PropNex Realty (Herohomes) Associate District Director Mr Heikal Shafrudin told this newspaper that with resale flat prices up more than 35 per cent since 2020, “many homeowners will be encouraged to leverage their surging property value and upgrade to a bigger home”.

However, he said many property agents expect more first-time buyers to be drawn to Build-To-Order (BTO) flats now that HDB has introduced initiatives to cut BTO waiting times to about three years.

“With more BTO flats being sold this year (2024) and fewer resale flat buyers, there is a possibility that we won't see much of an increase for resale flats,” said Mr Heikal.

Sharing his view, another property agent contacted, ERA Explorer Focus Group Division Director Ustaz Mohammad Shahid Noor’ain, said:

“Personally, I feel the market is slowly shifting towards a buyer's market as BTO supply and construction times return to normal, at about two to three years.

“This compares with the Covid-19 pandemic, when some BTO developments were projected to take about six to seven years to complete.

“It depends on supply and demand. During the pandemic, demand for resale homes was very high, mainly because BTOs took so long to complete and construction on many of these projects had to stop, so many buyers decided to buy resale units instead.”

It was earlier reported that fewer buyers paid cash over valuation (COV) for HDB resale flats in 2023.

Mr Heikal expects this trend to continue in 2024.

He added that buyers have become more price-sensitive and less urgent about buying resale flats, possibly because of a significant rise in the supply of cheaper BTO housing and shorter waiting times.

“Those who want to sell need to adjust their expectations to current market sentiment, especially those keen to test the market for higher prices.

“They may find it harder to command a high COV, which could mean a longer time to sell or the need to adjust to a more realistic price to attract buyers,” said Mr Heikal.

Offering advice to those looking to sell their HDB flats in 2024, Ustaz Mohammad Shahid said it is good practice for homeowners to check the current status of their property.

“From this check, they will know whether it is the right time to sell, because I believe that with this knowledge, they can make the right decision.

“It's important to get the right information so we can plan better and make informed decisions,” he said.

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 5 Feb 2024. View the original on beritaharian.sg

Back to contents

Berita Harian
Singapura17 Mei 2024

Dasar HDB

Portal jualan semula HDB boleh jadi ‘pengubah’ industri

Flat HDB
Khidmat Penyenaraian Flat Jualan Semula HDB yang baru diperkenalkan dapat membantu mencegah perbuatan memanipulasi harga serta menggalak kestabilan pasaran, menurut pemerhati industri. Foto ST

Khidmat Penyenaraian Flat Jualan Semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) adalah satu ciri baru yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan lagi pasaran jualan semula di sini, malah menyediakan wadah sehenti yang telus dan boleh dipercayai.

Perkhidmatan sehenti yang diperkenalkan baru-baru ini – ditawarkan secara percuma buat masa ini – membolehkan pembeli membandingkan harga flat baru dan jualan semula serta menggunakan ciri lain yang terdapat dalam platform itu.

Antara ciri tersebut termasuk khidmat penyenaraian pinjaman dan kalkulator kewangan.

Beberapa pemerhati industri dan penganalisis yang dihubungi Berita Harian (BH) percaya bahawa perkhidmatan baru itu dapat membantu mencegah perbuatan memanipulasi harga serta menggalak kestabilan pasaran.

Platform tersebut juga mempunyai ciri yang akan memaklumkan penjual jika harga tersenarai mereka adalah 10 peratus lebih tinggi daripada harga urus niaga tertinggi bagi unit serupa di lokasi berdekatan sepanjang enam bulan yang lalu.

Pada masa yang sama, mereka juga dimaklumkan sekiranya harga yang diminta itu terlalu rendah.

Pengumuman khidmat baru ini dibuat susulan laporan mengenai dua iklan flat HDB yang mencecah $2 juta setiap satu dan sedang disiasat pihak berkuasa.

Satu iklan adalah bagi dua flat lima bilik yang terletak bersebelahan di Sengkang yang dipasarkan sebagai ‘flat jumbo’, manakala satu lagi ialah flat lima bilik di Toa Payoh dengan “harga permintaan tidak realistik”.

Iklan di wadah PropertyGuru bagi ‘flat jumbo’ seluas 2,400 kaki persegi di Blok 314C Anchorvale Link yang mempunyai enam bilik tidur dan empat bilik mandi itu disifatkan sebagai “mengelirukan” kerana tidak ada flat sedemikian di blok tersebut, menurut pihak berkuasa.

Ia juga bukanlah sebuah ‘flat jumbo’, tetapi sebenarnya dua flat lima bilik yang terletak bersebelahan, dan ia tidak boleh ditukar menjadi satu unit atau dijual sebagai satu unit.

Pengarah, Institut Kajian Hartanah dan Bandar dari Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Wenlan Qian, berkata “taktik pemasaran yang mengelirukan” seperti penyenaraian palsu dan harga yang melambung boleh merosakkan kepercayaan pengguna dan memesongkan pasaran.

Taktik serupa itu pada mulanya mungkin menarik perhatian, namun ia boleh menyebabkan kehilangan kredibiliti dan pasaran yang diputarbalikkan, lantas lebih menyukarkan perniagaan yang jujur berkembang maju.

“Khidmat Penyenaraian Flat Jualan Semula baru ini mampu mewujudkan persekitaran transaksi yang lebih baik dan menetapkan penanda aras baru untuk pemain pasaran lain berusaha ke arah itu,” terang Profesor Qian.

Di portal HDB itu, para penjual dibenarkan memuat naik satu iklan.

Ini tidak seperti platform dalam talian lain yang mungkin memaparkan berbilang penyenaraian bagi unit yang sama yang dipasarkan oleh ejen yang berbeza atau dengan harga yang berbeza, kata ketua penyelidik dan ahli strategi di firma hartanah, OrangeTee Group, Cik Christine Sun.

“Ini boleh menimbulkan persepsi palsu bahawa kawasan itu mendapat permintaan tinggi dan banyak unit dijual di lokasi yang sama, membawa kepada harga yang melambung jika pembeli percaya mereka telah memilih unit harga paling rendah antara beberapa penyenaraian,” katanya.

Buat masa kini, hanya ejen hartanah dibolehkan menyenaraikan rumah jualan semula di beberapa portal hartanah tertentu, seperti PropertyGuru dan 99.co, yang melibatkan bayaran.

Pemantauan teliti dan mengenal pasti harga yang tidak realistik boleh membantu memastikan harga yang diminta sejajar dengan arah aliran dan penilaian harga tempatan, sekali gus mengurangkan lonjakan harga mendadak di kawasan tertentu, tambah Cik Sun.

Untuk menggunakan platform tersebut, penjual perlu mengesahkan niat mahu menjual rumah mereka.

Pembeli pula perlu memperoleh surat Kelayakan Flat HDB (HFE) – yang menunjukkan kelayakan mereka membeli sebuah flat, menerima geran serta cara membiayainya – sebelum dapat mengatur sesi meninjau rumah dengan penjual.

Ini memastikan bahawa platform itu dapat menyaring pembeli dan penjual yang tidak mempunyai niat sebenar untuk berurus niaga, menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai untuk semua pihak yang terlibat.

Pihak berkuasa juga akan dapat bertindak balas dengan lebih cepat terhadap sebarang penyenaraian yang meragukan.

Memberi respons kepada pertanyaan media, HDB berkata ia “memiliki hak menurunkan iklan yang mempunyai harga yang tidak realistik atau mengandungi maklumat yang mengelirukan” daripada portal itu dan mendapatkan penjelasan daripada penjual atau ejen hartanah terbabit.

Pengarah Kumpulan Bersekutu, Propnex, Cik Sufy Beetsma, berkata walaupun khidmat Penyenaraian Flat Jualan Semula itu menawarkan faedah seperti ketelusan, kecekapan dan kebolehcapaian data yang dipertingkatkan, ia juga mempunyai cabaran dan hadnya tersendiri.

Peningkatan ketelusan bermakna penjual mungkin perlu menetapkan harga hartanah mereka dengan lebih kompetitif, mengurangkan margin keuntungan mereka, tambahnya.

Dalam pada itu, Cik Sufy merasakan bahawa jika terlalu ramai penjual menyenaraikan flat mereka secara serentak, pasaran boleh menjadi padat, menjadikannya lebih sukar dan lebih lama untuk mereka menerima tawaran membeli.

“Memandangkan ia adalah portal penyenaraian percuma, penjual tidak boleh meletakkan harga yang terlalu tinggi atau ‘boost’ penyenaraian mereka untuk meningkatkan penglibatan.

“Akibatnya, flat mereka mungkin tenggelam dalam kalangan penyenaraian lain sekali gus melambatkan keseluruhan proses penjualan.

“Ini boleh menjadi satu cabaran bagi mereka yang perlu menjual flat mereka dengan segera atau mereka yang mempunyai garis masa yang ketat,” katanya.

Dengan membolehkan pemilik rumah menyenaraikan hartanah mereka secara langsung di laman HDB, sesetengah pihak percaya ia akan membantu mengurangkan pergantungan kepada ejen hartanah dan yuran komisen yang berkaitan.

Bagaimanapun, ejen hartanah yang dihubungi akhbar ini berpendapat bahawa peranan mereka kekal penting dalam pasaran jualan semula HDB.

Bahkan, ia juga akan berubah daripada hanya menjadi orang tengah bagi urusan jual beli kepada ejen yang memberikan nasihat yang lebih mendalam dan terperinci.

Pengarah Daerah Bersekutu PropNex Realty (Herohomes), Encik Heikal Shafrudin, berkata:

“Ejen hartanah kini perlu meningkatkan perkhidmatan mereka, memberi tumpuan kepada aspek seperti perancangan persaraan melalui pelaburan hartanah dan mendidik pelanggan tentang potensi kesan kewangan bagi hartanah tertentu.

“Peralihan ini akan menuntut tahap kepakaran yang lebih tinggi dan boleh membawa kepada industri yang lebih profesional dan tertumpu kepada pelanggan.”

English translation by Herohomes

HDB resale portal could be an industry ‘game changer’

HDB flats, Berita Harian 2024
The newly introduced HDB Resale Flat Listing Service can help prevent price manipulation and promote market stability, according to industry observers. Photo: ST

The Housing and Development Board (HDB) Resale Flat Listing Service is a new feature that can not only further strengthen the resale market here, but also provide a transparent and reliable one-stop platform.

The recently launched one-stop service, free for now, lets buyers compare prices of new and resale flats and use other features on the platform.

These include a loan listing service and financial calculators.

Several industry observers and analysts contacted by Berita Harian (BH) believe the new service can help prevent price manipulation and promote market stability.

The platform also alerts sellers if their listed price is 10 per cent above the highest transacted price for similar units nearby over the past six months.

They are also alerted if their asking price is too low.

The new service was announced following reports of two HDB flat listings of $2 million each that are being investigated by the authorities.

One listing was for two adjacent five-room flats in Sengkang marketed as a ‘jumbo flat’, while the other was a five-room flat in Toa Payoh with an “unrealistic asking price”.

The PropertyGuru listing for the 2,400 sq ft ‘jumbo flat’ at Block 314C Anchorvale Link, with six bedrooms and four bathrooms, was described as “misleading” by the authorities, as no such flat exists in the block.

Nor was it a ‘jumbo flat’. It was actually two adjacent five-room flats, which cannot be combined into one unit or sold as one unit.

Professor Wenlan Qian, Director of the National University of Singapore (NUS) Institute of Real Estate and Urban Studies, said “misleading marketing tactics” such as fake listings and inflated prices can damage consumer trust and distort the market.

Such tactics may attract attention at first, but can lead to lost credibility and a distorted market, making it harder for honest businesses to thrive.

“This new Resale Flat Listing Service can create a better transaction environment and set a new benchmark for other market players to work towards,” explained Prof Qian.

On the HDB portal, each seller may upload one listing.

This is unlike other online platforms, which may show multiple listings for the same unit marketed by different agents or at different prices, said Ms Christine Sun, head of research and strategy at property firm OrangeTee Group.

“This can create a false impression that an area is in high demand with many units for sale, leading to inflated prices if buyers believe they have picked the cheapest of several listings,” she said.

At present, only property agents can list resale homes on certain property portals, such as PropertyGuru and 99.co, which charge fees.

Close monitoring and flagging of unrealistic prices can help keep asking prices in line with local price trends and valuations, reducing sudden price spikes in certain areas, added Ms Sun.

To use the platform, sellers must confirm their intention to sell.

Buyers, meanwhile, must obtain an HDB Flat Eligibility (HFE) letter, which sets out their eligibility to buy a flat, receive grants and how to finance it, before they can arrange a viewing with the seller.

This allows the platform to screen out buyers and sellers with no real intention to transact, making the service more efficient and reliable for everyone involved.

The authorities will also be able to act more quickly on questionable listings.

Responding to media queries, HDB said it “reserves the right to remove listings with unrealistic prices or misleading information” from the portal and to seek clarification from the seller or property agent involved.

PropNex Associate Group Director Ms Sufy Beetsma said that while the Resale Flat Listing Service offers benefits such as greater transparency, efficiency and access to data, it also has its own challenges and limitations.

Greater transparency means sellers may have to price more competitively, reducing their profit margins, she added.

Ms Sufy also felt that if too many sellers list at the same time, the market could become crowded, making it harder and slower for them to receive offers.

“Since it is a free listing portal, sellers cannot price too high or ‘boost’ their listings to increase engagement.

“As a result, their flat may be buried among other listings, slowing down the whole sale process.

“This can be a challenge for those who need to sell urgently or who have tight timelines,” she said.

Because homeowners can list directly on the HDB website, some believe it will reduce reliance on property agents and the commission fees involved.

However, property agents contacted by this newspaper felt their role remains important in the HDB resale market.

In fact, it will shift from merely being a middleman in buying and selling to being an agent who gives deeper, more detailed advice.

PropNex Realty (Herohomes) Associate District Director Mr Heikal Shafrudin said:

“Property agents now need to upgrade their services, focusing on areas such as retirement planning through property investment and educating clients on the potential financial impact of specific properties.

“This shift will demand a higher level of expertise and could lead to a more professional, client-focused industry.”

Republished with permission from Berita Harian, SPH Media. Originally published 17 May 2024. View the original on beritaharian.sg

Back to contents